Oleh:
© MOHD. AL ADIB BIN SAMURI
www.al-adib.net
Janganlah sentimen kebencian kepada Yahudi menjadi modal kita untuk popular ataupun sebagai jalan merintis kemajuan perniagaan.
Bahang kebencian Umat Islam kepada Yahudi bukan sekadar panas biasa. Pijarnya sama sekali tidak sama dengan bahang gurun Sahara yang membentang pada bumi negara-negara Arab termasuklah tanah suci Bait al-Maqdis yang dicemari kerakusan Yahudi. Ia lebih dari itu. Kebencian itu bukannya dibuat-buat atau baru sahaja muncul pada ladang hati umat Islam. Ia subur dibaja dengan iman, kerana ia perintah Allah dan pesan Nabi Junjungan.
Saban hari, kita disajikan dengan berita dari Palestin yang tiada henti memaparkan kezaliman Israel menumpah darah kaum Muslimin yang tidak berdosa. Dari pelbagai sudut dunia, umat Islam hanya bangun dengan kecaman, demontrasi dan pelbagai lagi usaha demi menzahirkan kebencian mereka kepada Yahudi yang sudah pasti tidak sedikitpun menggentarkan bangsa angkuh itu. Lemahnya umat ini tidaklah perlu lagi diulas, ditambah dengan kerajaan-kerajaan Arab yang memang tidak tahu apa erti wehdah!



Komentar