Kebesaran ALLAH S.W.T. untuk iktibar kepada semua

31 12 2008

Hari ni 31/12/2008 bersamaan dengan 3 Muharram 1430H, dalam akhbar Harian Metro pada muka depan ada satu berita yang agak menarik bagi aku.. Ia mengisahkan seorang ibu (Puan Noraini Daud) yang memohon kepulangan anak perempuannya (Norzarifah Kamarauzaman yang berumur 21 tahun) yang telah  menghilangkan diri di Perth Australia kepada ALLAH SWT dengan cara zikir dan doa mustajab. Bagi aku kisah ini bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi aku akui jika ia dilakukan dengan penuh yakin, istiqamah, bergantung-harap serta bertawakkal kepada ALLAH SWT, maka ALLAH SWT akan mengabulkan permohonan setiap hamba-Nya sesuai dengan kehendak-Nya.

Zikir dan doa mustajab tersebut diajarkan oleh Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek di Masjid Hasanah Bangi pada 4 Disember lalu. Dalam masa tak sampai sebulan anak perempuan Puan Noraini Daud pulang ke rumah tanpa disangka-sangka.. Inilah contoh Kebesaran Tuhan Yang Maha Esa yang memberi kesedaran terhadap diri aku. Selama ini masyarakat melayu kita memang suka berjumpa dengan bomoh-bomoh daripada memohon terus kepada ALLAH SWT. Tidakkah mereka mengerti bahawa sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa? Tidak yakinkah mereka dengan ALLAH SWT? Astaghfirullah… Aku memohon keampunan dengan ALLAH, jauhilah diri aku daripada syirik kepada Mu. Amin!

Zikir dan doa mustajab yang diajarkan oleh Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek adalah seperti berikut :

Amalan membawa pulang individu hilang:

  • Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas. (Pada ayat keempat yang bermaksud: Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan hanya Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar pulangkan anak )
  • Membaca 40 kali surah al-Ikhlas sehari dengan setiap satu ayat senafas. (Pada ayat kedua: “Hanya Allah tempat meminta” terus lintaskan dalam hati nama anak)
  • Solat hajat
  • Baca surah Toha dari ayat satu hingga enam

Semoga kita semua mendapat manafaat yang baik daripada kisah ini.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: