Lagi isu murtad!

3 01 2009

Di bawah adalah komen seorang bekas paderi kristian yang telah memeluk Islam daripada Kota Kinabalu dan menggunakan nama BELUD KINABALU  dalam  Malaysia forum untuk kita baca dan fikirlah sebaik-baiknya..

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengansaesdVtedu.eapn ntaka y aadsansa mrtpnedki -r nas D ntapa saya; “Wahai Thomas,(dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;

Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu.”

Saya katakan kepadanya, “Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran.” Saya katakan lagi padanya, “Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah “Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.

Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, “Apakah angan-angan kosong itu?”  Saya katakan, “Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau  menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?” Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.

Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?” Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya

Siapa sasaran Kristian

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.

Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu”.

Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat

‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang
dijanjikan kepada kamu.’

SEBAGAI UMAT ISLAM ….. JALANKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEBARKAN ARTIKEL INI ……….

pS..SEMUGA KALIAN SEMUA BOLEH BERFIKIR, MERENUNG, MENILAI…MANA SATU YANG BENAR DAN YANG SALAH…BUAT KAJIAN ILMIAH…DAN SETERUSNYA SEMUGA KALIAN YANG BENAR2 IKHLAS DALAM MENCARI KEBENARAN DALAM KEHIDUPAN YG SEMENTARA INI…SY DOAKAN AGAR DI BERI TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH SWT…


Actions

Information

2 responses

1 03 2009
joshua

salam sejahtera…saudara penulis… sy cma nak berkongsi pendapat ada berberapa soalan tentang saudara dan pa yang saudara tulis…. saudara sya cuma nak tahu.. adakah saudara betul2 bekas pedri dahulu.. jika ya.. mengapa sudara tukar agama?.. sy faham negara kta negara demokrasi. tp demokrasikah negara kta? dri segi agama dan seperti yang selalu diperkatakan “negara yang bebas beragama”..saudara ? adakah saudara tukar agama sebelum atau selepas berkhawin?…
sauadara… bedasar kan topic yg prtama yg saudara tulis.. banyak tentang org bagama yahudi nasara… tp nape dikaitkan dgn agama kristian?
sedangkan agama yahudi berbeza dgn christian…

yang ke 2…”Siapa sasaran Kristian”
megapa saudara berkata “lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. ” setahu saya bermainmuzik di gereja pd hr ahad tu x da bayaran.. itu suka rela … lain lah jika semasa sudara mjdi pdri dlu saudara jd pdrismua nya untuk tujuan wang semata2 bukan ikhlas danbukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pdri…org kristian apa kah itu?….
Bible mana yang saudara bekas padri ni guna dan fahami…???
akhir sekali sy memohon maaf jika tersalah kata…. maseg sy tu hanya untuk si padri yang murtad tu..jer.. kenapa isu agama yahudi agama christian yang di hentam..

4 03 2009
Hulawi

Salam sejahtera,
Terima kasih atas keperihatinan saudara tentang artikel ini. Jawapan kepada saudara telah saya emelkan. Sila rujuk emel tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: