Yayasan Amal pasukan pertama bantu mangsa Israel

17 01 2009

Oleh: Mohd Khalil Abdullah (Harakahdaily.net)

KAHERAH, 17 Jan (Hrkh) – Misi Kemanusiaan ke Gaza oleh Yayasan Amal Malaysia hari ini mula mengorak langkah apabila menjadi pasukan bantuan pertama dari Malaysia yang meninjau dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa Israel.

Nasser Institut Hospital, yang menempatkan seramai 37 penduduk Palestin telah menerima kunjungan kemanusiaan daripada Yayasan Amal Malaysia.Presiden Yayasan Amal, Husin Ismail ketika memberikan taklimat kepada anggota misi menerangkan,hospital yang dikunjungi itu menempatkan sejumlah mangsa-mangsa keganasan Israel yang sukar untuk dirawat di Gaza.

“Kita mendapat maklumat,seramai 37 orang dirawat di hospital ini dan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU, “jelasnya.Dalam kunjungan tersebut, Yayasan Amal Malaysia telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan hospital apabila memberikan kebenaran khas terutamanya kepada Harakah untuk merakamkan situasi sebenar keadaan mangsa.

Pihak Yayasan Amal Malaysia dalam kunjungan ini telah menyampaikan bantuan kepada mangsa Israel antaranya termasuklah makanan dan barang keperluan semasa.Antara yang dirawat di hospital ini adalah Yahya, anak saudara kepada Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh .

“Tanpa sebarang amaran,tiba-tiba rumah kami bergegar dan sesedar saya,saya mendapati diri tercedera.

“Saya pasti ini adalah tindakan untuk menghapuskan Perdana Menteri kerana beliau dijangka berkunjung ke situ,”jelasnya kepada Harakah.

Tambahnya, selain kakinya patah terdapat juga kecederaan di bahagian badan yang lain.Kekejaman tentera Israel yang sudah dijangkakan turut terbukti apabila Harakah sempat merakamkan keadaan mangsa-mangsa di hospital tersebut.

Misalnya, terdapat penduduk Gaza yang menjadi mangsa senjata kimia yang dilancarkan secara serangan udara seperti yang terjadi terhadap Mohamed al-Jabbar,38.

Menurut adiknya,Abdul Rafar yang sedang menemaninya ketika ini, Mohamed menjadi mangsa serangan kimia.

“Kini doktor tidak dapat memberi jaminan,penglihatannya akan pulih. “Besar kemungkinan Mohamed akan hilang penglihatannya buat selamanya,”katanya dengan suara yang sayu.Dalam pada itu, bagi diri Fatemah dan adiknya,Zaharah mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

“Israel kejam,kedua-dua suami kami terkorban kini adik saya pula menjadi mangsa,”katanya kepada Harakah sambil mengesat matanya beberapa kali.

Menurutnya, kedua-dua suami mereka gugur (terkorban) apabila Israel menyerang Gaza ketika hari pertama (3 minggu yang lalu.

“Kami sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukan.Mana janji negara-negara lain.Mana bantuan antarabangsa…Israel laknatullah,”jeritnya. – mks._

Link to the post at Harakahdaily.net


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: