SURAH AL-MULK

18 03 2009

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda

“Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa’ati (memberi syafa’at ) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi.”

Tentang surah Tabarak-al-ladhi ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara sembahyang Maghrib dan Isya dan Alif-Lam-Sajdah adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke9 didalam kiraan Islam). Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tarmidzi rahmat-Ullah ‘alaih meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :

” Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah distau tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur. Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi. Merka pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan.”

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi.

Khalid Ibn-e Ma’dan r.a. telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa besar yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, “Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku. ” Dengan syafa’at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala.

Khalid Ibn-e Ma’dan r.a. juga telah meriwayatkan bahawa , “surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, ‘Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitabMu, maka terimalah syaf’atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung,mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur, Ia telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehingga lah ia membaca dua surah ini.

Ta’us rahmat-Ullah ‘alaih telah berkata . “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. setelah meningal dunia. tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthaman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: