Bantah Israel: Nik Aziz bakar patung Bush, Shimon Peres

9 01 2009

Lanjusoh I Foto Rizal Tahir 
Fri | Jan 09, 09 | 1:05:42 pm MYT

KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) – Ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin. Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato’ Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman. 

Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel. Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan. Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu.

Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan ‘Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.’

Read the rest of this entry »

Advertisements