PAS menang, Abdul Wahid layak ke Parlimen!

18 01 2009

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) – PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

 

Read the rest of this entry »

Advertisements




Bantah Israel: Nik Aziz bakar patung Bush, Shimon Peres

9 01 2009

Lanjusoh I Foto Rizal Tahir 
Fri | Jan 09, 09 | 1:05:42 pm MYT

KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) – Ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin. Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato’ Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman. 

Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel. Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan. Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu.

Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan ‘Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.’

Read the rest of this entry »