Kebesaran ALLAH S.W.T. untuk iktibar kepada semua

31 12 2008

Hari ni 31/12/2008 bersamaan dengan 3 Muharram 1430H, dalam akhbar Harian Metro pada muka depan ada satu berita yang agak menarik bagi aku.. Ia mengisahkan seorang ibu (Puan Noraini Daud) yang memohon kepulangan anak perempuannya (Norzarifah Kamarauzaman yang berumur 21 tahun) yang telah  menghilangkan diri di Perth Australia kepada ALLAH SWT dengan cara zikir dan doa mustajab. Bagi aku kisah ini bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi aku akui jika ia dilakukan dengan penuh yakin, istiqamah, bergantung-harap serta bertawakkal kepada ALLAH SWT, maka ALLAH SWT akan mengabulkan permohonan setiap hamba-Nya sesuai dengan kehendak-Nya.

Zikir dan doa mustajab tersebut diajarkan oleh¬†Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek di Masjid Hasanah Bangi pada 4 Disember lalu. Dalam masa tak sampai sebulan anak perempuan Puan Noraini Daud pulang ke rumah tanpa disangka-sangka.. Inilah contoh Kebesaran Tuhan Yang Maha Esa yang memberi kesedaran terhadap diri aku. Selama ini masyarakat melayu kita memang suka berjumpa dengan bomoh-bomoh daripada memohon terus kepada ALLAH SWT. Tidakkah mereka mengerti bahawa sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa? Tidak yakinkah mereka dengan ALLAH SWT? Astaghfirullah… Aku memohon keampunan dengan ALLAH, jauhilah diri aku daripada syirik kepada Mu. Amin!

Read the rest of this entry »