50 SEBAB MENGAPA JUANDA JAYA TIDAK LAYAK JADI MUFTI

4 02 2009

50 Sebab Kenapa JUANDA Tidak Layak Jadi Mufti

 

Muqaddimah.

Setelah mantannya dibuang. Kini gantian dalam percalonan mantan itu sendiri mencuba nasib.

Pangkat Mufti pada asalnya adalah satu amanah dalam Islam yang besar kini menjadi di suatu tempat sebagai trend untuk mengkafirkan ulama Islam, membid’ah amalan yang ada dalil, menghina ulama Islam, menghukum sesat para ulama Islam, mencari kepopularitian, kemasyhuran, menyamakan Allah dengan makhluk, menyebarkan fahaman Tajsim Takfir Tabdi’ dan yang paling malang mengubah fakta ilmu agama Islam.

Juanda Jaya berbangsa Melanau berasal dari negeri Sarawak kini dengan jarum-jarum suntikan Wahhabi ke dalam satu barisan pimpinan dikatakan telah dilantik menjadi Mufti satu negeri yang bukan negeri SARAWAK. Amat pelik apabila dia (Juanda) diwar-warkan kononnya sebagai Naib Mufti Sarawak (pada hakikatnya tidak) sepatutnya menjadi Mufti Sarawak lah(tetapi mungkin tidak laku kerana suka bid’ahkan orang) kini menjadi mufti di negeri lain.

 

Read the rest of this entry »





Mufti Saudi Mengaku Dirinya Maqam Nabi- (terbaru&berbukti)

22 01 2009

>> Abu Syafiq.blogspot

MUFTI NEGARA SAUDI ARABIA YANG RAMAI MEMPERKATAKAN BANYAK MENYOKONG AMERIKA DAN YAHUDI ZIONIS MENGAKUI DIRINYA SEBAGAI MENGAMBIL-ALIH TEMPAT DAN BERMARTABAT MAQAM KENABIAN. SELAIN MENDAKWA DIRINYA BERMARTABAT MAQAM NABI, MUFTI SAUDI TERSEBUT TURUT MEMBERITAHU DIRINYA SEBAGAI MUFTI ITU LEBIH MULIA DARI PARA SAHABAT NABI DAN PARA TABI’EIN

Bukti Mufti Saudi Mengaku mengambil-alih tempat Nabi:
http://www.okhdood.com/?act=artc&id=3396

Mufti negara Saudi Arabia sekarang yang bernama Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Asyeikh (gambar) yang terkenal membawa fahaman Wahhabi sejak beberapa tahun terdahulu kini mengaku dirinya mengambil-alih tempat Nabi Muhammad dan mendakwa dirinya mempunyai kehormatan yang tinggi melebihi para Sahabat Nabi dan para tabi’ien.

Pengakuan tokoh Wahhabi tersebut dinyatakan olehnya sendiri yang dirakamkan pada hari ini 19/01/2009M dalam satu muktamar yang diadakan olehnya dinamakan sendiri sebagai Muktamar Fatwa Wa Dhowabituha di Mekah.

Sebelum ini dilaporkan bahawa anak kepada bekas Mufti Saudi terdahulu Bin Baz telah menolak fatwa-fatwa ayahnya dan menolak fahaman radikal di Saudi yang tentunya dipelopori oleh Wahhabi.

Rujuk Bukti:
(http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/01/fatwa-fatwa-bin-baz-tak-boleh-pakai.html)

 

P/S: Hadith Nabi yang bermaksud: ” Ulama itu pewaris Nabi ” tidak langsung bererti ulama itu mengambil tempat dan maqam kenabian! tetapi bererti ulama Islam itu penyampai ilmu yang telah disampaikan oleh Nabi secara benar dan amanah.